PIAGAM PELANGGAN

  1. Menjawab pertanyaan atau aduan pelanggan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan hukum syara' :
    1. Tidak Perlu Rujukan          : 5 hari bekerja
    2. Perlu Rujukan                   : 15 hari bekerja
    3. Tidak Perlu Penyelidikan  : 20 hari bekerja
    4. Perlu Penyelidikan            : 30 hari bekerja
  2. Menyediakan kertas kerja dari mula menerima isu hingga dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dalam tempoh tidak lebih enam (6) bulan.
  3. Melaksanakan cerapan rasmi hilal dan cerapan bulanan pada setiap 29 atau 30 haribulan hijri.
  4. Melaksanakan proses penentuan dan pengesahan arah qiblat tidak lebih 12 hari bekerja selepas permohonan diterima.
  5. Menerbitkan jadual waktu solat, jadual waktu imsak dan berbuka puasa seluruh Negeri Kedah setahun sekali.
  6. Memastikan baucer bayaran disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari mulai invois diterima.
  7. Resit rasmi hendaklah direkodkan dalam Buku Tunai Cerakinan dalam masa satu (1) hari.
  8. Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh dua (2) minggu.