Selaras dengan perubahan-perubahan yang memberi implikasi dan membawa kepada pengurusan Hal Ehwal Hukum Syarak dan kefatwaan di peringkat negeri, Jabatan Mufti akan memainkan peranan-peranan baru di samping mengekalkan peranan tradisi seperti berikut :

Membantu dan menasihati KDYMM Tuanku Sultan dan kerajaan negeri dalam perkara yang berkaitan dengan Hukum Syarak.

Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.

Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan Hukum Syarak.

Memberikan khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan aqidah, syariah dan akhlak islamiyyah.

Menjalankan khidmat nasihat berkaitan Hukum Syarak.

Menjelaskan dan menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.

Perwartaan fatwa.

Menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal dan menjalankan pendidikan falak.

Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan ilmu falak.

Membangun, mengurus dan memajukan sumber maklumat dan Hal Ehwal Hukum Syarak.

Mengurus dan mentadbir semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pembangunan modal insan dan teknologi maklumat.

Mengurus dan membangun sumber manusia.