OBJEKTIF

Selaras dengan perubahan-perubahan yang memberi implikasi dan membawa kepada pengurusan Hal Ehwal Hukum Syarak dan kefatwaan di peringkat negeri, Jabatan Mufti akan memainkan peranan-peranan baru di samping mengekalkan peranan tradisi seperti berikut :

  • Membantu dan menasihati KDYMM Tuanku Sultan dan kerajaan negeri dalam perkara yang berkaitan dengan Hukum Syarak.
  • Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.
  • Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan Hukum Syarak.
  • Memberikan khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan aqidah, syariah dan akhlak islamiyyah.
  • Menjalankan khidmat nasihat berkaitan Hukum Syarak.
  • Menjelaskan dan menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.
  • Perwartaan fatwa.
  • Menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal dan menjalankan pendidikan falak.
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan ilmu falak.
  • Membangun, mengurus dan memajukan sumber maklumat dan Hal Ehwal Hukum Syarak.
  • Mengurus dan mentadbir semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pembangunan modal insan dan teknologi maklumat.
  • Mengurus dan membangun sumber manusia.