PIAGAM PELANGGAN

  1. Menjawab pertanyaan pelanggan mengenai persoalan hukum Syarak :
    1. Tidak perlu rujukan dan penyelidikan : 3 hari bekerja
    2. Perlu rujukan namun tidak memerlukan penyelidikan : 14 hari bekerja
  • Perlu rujukan dan penyelidikan : 30 hari bekerja
  1. Memberikan fatwa yang dimohon oleh pihak Kerajaan dan masyarakat di Negeri Kedah dalam tempoh 30 hari bekerja.
  1. Memproses pewartaan fatwa setelah mendapat perkenan KDYMM Tuanku Sultan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  1. Mengeluarkan Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah dalam tahun semasaberdasarkan pencapaian pemohon.
  1. Memperbaharui Sijil Tauliah (warganegara) dalam tempoh 7 hari bekerja.
  1. Mengadakan lawatan tapak untuk penentuan arah Kiblat dalam tempoh  14 hari bekerjadari tarikh permohonan.
  1. Menyiapkan Sijil Pengesahan Arah Kiblat dalam tempoh masa 7 hari bekerjadari tarikh lawatan tapak di lokasi berkaitan.
  1. Melakukan Cerapan Hilal pada setiap akhir bulan hijrah.
  1. Menerbitkan bahan penerbitan berkaitan fatwa/falak dan bahan rujukan ilmiah kepada masyarakat secara berkala:
    1. Tiga (3)bahan terbitan ilmiah setahun.
    2. Sepuluh (10) risalah edaran setahun.
  1. Menyiarkan fatwa kepada masyarakat dalam tempoh 30 hari bekerjasetelah perkenan KDYMM Tuanku Sultan.
  1. Menganjurkan aktiviti jabatan bersama masyarakat berkaitan isu-isu semasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  1. Mengemaskini laman web dan media sosial jabatan setiap hari bekerja.
  1. Menguruskan pembayaran bil/tuntutan yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  1. Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerjadari tarikh aduan diterima.